in

Polis siasat ‘Iman Mustaqim’

IMG 20230706 104146 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook, Iman Mustaqim yang disyaki memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Individu itu membuat hantaran yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Sultan Selangor di Facebook pada Isnin lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Mohd Shuhaily menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat salah sehingga mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Iman Mustaqim didakwa memuat naik hantaran berbaur ugutan kepada Sultan Selangor.- nasionalkini.my

IMG 20230829 233550 800 x 500 pixel

Calon Bebas individu pertama beli borang PRK Pelangai

IMG 20230830 110305 800 x 500 pixel

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman pengecualian pembatalan UMNO