in

lebih sejuta pengguna Lembah Klang dijangka guna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak mulai esok

tol karak
Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi cadangan jadual perjalanan (TTA) bermula 27, 28 Jun ini dan 1 serta 2 Julai nanti.

KUALA LUMPUR,26 Jun – Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mulai esok, Selasa untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Anih Berhad, Imran Gulcharan Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik sehingga 70 peratus melibatkan KLK.

Selain itu, kira-kira 430,000 kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus.

“Cuti perayaan yang bersambung dengan cuti hujung minggu ini merupakan peluang bersama keluarga dalam tempoh lebih lama.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi cadangan jadual perjalanan (TTA) bermula 27, 28 Jun ini dan 1 serta 2 Julai nanti.

“Ini bagi membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan berdasarkan maklumat corak aliran trafik semasa musim perayaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, pengguna jalan raya  dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini, merancang awal dan menikmati pengalaman perjalanan yang lancar serta selamat sampai ke destinasi.

Dalam pada itu, laluan kontra di lokasi tumpuan yang mengalami kesesakan dan lorong tol tambahan akan dibuka bagi transaksi bayaran secara manual.

Selain itu, dalam usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan, ANIH Berhad bersedia menambah bilangan kakitangan sokongan sehingga 20 peratus terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC).

Selain itu, ANIH turut menempatkan 170 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di kawasan strategik sepanjang lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 26 at 8.43.35 PM

‘Sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan’ – Ismail Sabri

balik kampung

Aidiladha: Tiket bas ekspres ke utara banyak belum terjual?