in

Malaysia kutuk tindakan Sweden bagi kebenaran bakar al-Quran

wisma putra
Malaysia mengutuk tindakan pihak berkuasa Sweden kerana memberikan kelulusan kepada individu melakukan tindakan provokatif

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Malaysia mengutuk tindakan pihak berkuasa Sweden kerana memberikan kelulusan kepada individu melakukan tindakan provokatif dengan membakar al-Quran, pada hari umat Islam menyambut Aidiladha.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,  tindakan itu secara jelas menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.

Zambry Abd Kadir
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,  tindakan itu secara jelas menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia

“Tindakan itu ternyata mencemarkan kitab suci dan melanggar prinsip untuk menghormati serta memahami semua agama dan kitab suci masing-masing.

“Keputusan oleh mahkamah Sweden bukanlah satu langkah progresif dalam usaha kita meningkatkan rasa hormat dan persefahaman untuk kebaikan bersama,” katanya dalam Twitter hari ini.

Terdahulu  seorang lelaki berasal dari Iraq, Salwan Momika bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden sehingga mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Lebih menyedihkan perbuatan keji itu disaksikan lebih 200 penduduk setempat menyaksikan Salwan dilihat mengoyakkan beberapa helaian al-Quran sebelum mengelap kasutnya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 29 at 7.26.02 PM

Enam beradik korban lembu sado seberat 950 kilogram, agih kepada penduduk kampung

WhatsApp Image 2023 06 29 at 8.23.07 PM

Pilih lembu sado RM30,000 untuk korban