in

Persatuan pengguna saman Google

Gambar oleh Agensi

AMSTERDAM, 12 September – Persatuan pengguna Belanda, Consumentenbond bersama Yayasan Perlindungan Privasi, hari ini memulakan prosiding undang-undang terhadap Google atas dakwaan pelanggaran privasi berskala besar.

Dalam satu kenyataan, kedua-dua kumpulan itu memaklumkan mereka menuntut Google, sebahagian daripada Alphabet Inc, menghentikan pengawasan berterusan dan perkongsian data peribadi melalui lelongan pengiklanan dalam talian.

Kumpulan itu nenuntut Google membayar 750 euro (RM3,758.13) sebagai ganti rugi untuk setiap pengguna yang sudah menggunakan Google.

Kenyataan itu berkata, 82,000 orang setakat ini sudah menyertai tuntutan ganti rugi sejak kumpulan berkenaan mengumumkan tindakan itu pada Mei 2023.- nasionalkini.my

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Raymond Goh

Skuad B-23 pilih jalan berliku