in

Malaysia-Korea Selatan kukuh hubungan dua hala

20230513 103725
Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Chung Kwang-Keun di Putrajaya, semalam

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Malaysia dan Korea Selatan membincangkan usaha memperkukuhkan kerjasama dan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), berkata kedua-dua negara turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian selaras dengan Sambutan Ulangtahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur tahun ini.

Katanya, melalui perjanjian itu, kedua-dua negara bersetuju untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, amalan terbaik dan peluang perniagaan serta cadangan kerjasama dalam bidang keterjaminan makanan dan inovasi teknologi pertanian untuk menangani cabaran sektor pertanian.

“Semalam Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea, Chung Hwang-Keun di Putrajaya, yang menjadi pertemuan pertama bagi kedua-dua pemimpin.

“Republik Korea adalah rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan pertaniannya.

“Bagi tempoh 2020 hingga 2022, nilai dagangan pertanian antara kedua-dua negara menunjukkan pencapaian yang progresif dan positif di mana mencatat peningkatan sebanyak RM1.0 bilion setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan media, lapor BH.

Pertemuan antara kedua pemimpin ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPKM dan pegawai-pegawai kanan KPKM serta Ketua Pengarah dan wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian. – nasionalkini.my

IMG 20230513 WA0005

Seks luar tabii, cabul, dera: Pengasas pusat tahfiz, adik direman 4 hari

20230513 121424

Jangan salah guna visa pelancong, umrah