in

Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023

329266505 781418770209606 4842885110583382672 n

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bilangan penganggur berkurangan pada April tahun ini dengan pengurangan 0.3 peratus kepada 586,900 orang berbanding 588,700 orang bulan lepas.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dalam siaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia bagi April 2023 yang dikeluarkan hari ini, kadar pengangguran pada April tahun ini pada 3.5 peratus, tidak berubah dari Mac 2023.

Menurut DOSM bilangan tenaga buruh pada April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.

“Sehubungan itu, kadar penyertaan tenaga buruh naik sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.0 peratus (Mac 2023: 69.9 peratus), menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran,” katanya.

DOSM turut melaporkan perbandingan bulan ke bulan menunjukkan jumlah penduduk bekerja kekal pada trend positif pada April 2023 dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.25 juta orang berbanding 16.22 juta orang pada Mac.

DOSM berkata, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun terus berkurangan bagi enam bulan berturut-turut dengan penurunan bulan ke bulan sebanyak 0.1 mata peratus kepada 11.1 peratus, merekodkan bilangan penganggur belia seramai 315.6 ribu orang berbanidng 317.3 ribu orang pada Mac. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.29.06 PM

Lelaki dera anak teman wanita ditahan polis

351452906 770753707876409 3304194414345492747 n

Cubaan seludup rokok lebih RM1.5 juta gagal