in

Laporan siasatan kes buli pelatih TUDM hampir siap

WhatsApp Image 2023 05 07 at 16.34.41
Adly Zahari bercakap kepada pemberita selepas penganugerahan pingat jasa Malaysia (PJM) kepada 416 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ayer Keroh di sini hari ini

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 7 MEI – Laporan siasatan dalaman berhubung insiden seorang pelatih menjadi mangsa buli di Pusat Latihan Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang baru-baru ini, akan diperoleh dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata, laporan siasatan itu akan dibentang ke mesyuarat pasca Kabinet di peringkat kementerian sebelum dikemukakan kepada jemaah menteri.

“… di peringkat laporan polis itu kita serah kepada pihak berkuasa tapi kita akan sentiasa berikan kerjasama.

“Siasatan dalaman akan kita buat, dalam tempoh terdekat kita akan tengok apa keputusannya dan kita akan ambik tindakan di peringkat dalaman itu,” katanya.

Beliaua berkata demikian kepada media selepas penganugerahan pingat jasa Malaysia (PJM) kepada 416 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ayer Keroh di sini hari ini.

f3c2704a 76f9 46d1 9d10 ac9e467f8b92
Adly menyempurnakan penganugerahan pingat jasa Malaysia (PJM) kepada 416 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Mengulas perkembangan siasatan itu, kata adly, pihaknya sentiasa memperbaiki kelemahan dari sudut dalaman kementerian.

Jelasnya, kementerian pertahanan turut sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk media dan individu perseorangan sepanjang siasatan yang dijalankan.

Rabu lalu, media melaporkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, empat pelatih kursus TUDM mendakwa dipukul anggota senior dalam kejadian buli di Pangkalan Udara TUDM Kuantan 12 April lalu.

Keempat-empat pelatih yang menjalani kursus latihan dikatakan dipukul anggota TUDM senior ketika dipanggil untuk membantu siasatan kes buli seorang lagi pelatih.

Polis juga dilapor telah mengenal pasti dan memanggil enam suspek bagi siasatan kerana disyaki terbabit kes itu. – nasionalkini.my

8170d8e0 8fa4 4a7e 875e e5e1a63e92ba

Usah panik, OPR mungkin kekal 3% hingga akhir tahun – Penganalisis

png 20230507 184956 0000

Busana Agong, Permaisuri antara lima terbaik pada Istiadat Pertabalan Raja Charles III