Kuala Lumpur, 7 Mei – Busana yang dipakai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara lima pakaian yang mendapat pujian media antarabangsa.
Persalinan tersebut dipakai kedua-dua Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di gereja Westminster Abbey, London semalam.
Pada istiadat tersebut, Al-Sultan Abdullah mengenakan sut putih berseluar hitam bersama selempang merah, manakala Tunku Azizah memakai baju kurung kuning cerah bersama hiasan berwarna perak.
Menurut laporan portal antarabangsa Harpers Bazaar, persalinan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di kedudukan kelima.
Selain itu, persalinan yang dipakai Raja Felipe IV dan Permaisuri Letizia daripada Sepanyol berada di kedudukan pertama.
Berada di tempat kedua adalah persalinan yang dipakai oleh Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida dari Thailand, manakala tempat ketiga adalah persalinan yang dipakai oleh Pemerintah Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan isteri Sheikha Jawaher Hamad Suhaim Al Thani.
Lapor portal berita itu lagi, persalinan yang dipakai Putera Mahkota Frederik dan isteri Puteri Mary dari Denmark berada di tempat keempat.
Turut tersenarai dalam portal tersebut persalinan yang dipakai pemerintah dari Japan, Norway, Jordan, Monaco, Lesotho, Bhutan, Belanda, Swedan dan Greece. – nasionalkini.my