in ,

Kehilangan anggota TLDM terjawab, ditemui maut dalam parit

mayat 1
Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama lima hari lalu terjawab apabila jenazah mangsa ditemui dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di sini.

SABAK BERNAM, 26 Mei – Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama lima hari lalu terjawab apabila jenazah mangsa ditemui dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di sini.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di dalam parit besar di hadapan sebuah hotel.

Kereta tersebut ditemui oleh seorang pemotong rumput berhampiran longkang berkenaan.

“Susulan laporan itu sepasukan anggota bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat, Sabak Bernam dikerah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan sebuah Perodua Kelisa ditemui orang awam dalam parit sedalam dua meter. Kereta itu dalam keadaan terbalik dipercayai terbabas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat seorang lelaki yang ditemui dalam kereta itu berjaya dikeluarkan selepas jentolak membawa naik kenderaan berkenaan.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan jenazah lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu media melaporkan mangsa adalah seorang anggota TLDM, Mohamad Khair Mahat, 28, yang dilaporkan hilang pada 21 Mei lalu.

malah, isteri mangsa menerima laporan suaminya tidak hadir bertugas dan keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangan pada keesokan harinya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 26 at 9.41.21 PM

Isu dana judi: SPRM berhak buka fail sekiranya perlu – Azalina

hawari

Mohon permit khas lanjut tempoh pencarian Hawari