KUALA LUMPUR, 10 Jun – Sikap seorang anak muda yang memulangkan semula beg yang ditemui kepada pemiliknya di bahagian parkir di sebuah pusat beli-belah wajar dicontohi kerana memiliki sikap amanah dan jujur.
Kisah yang mendapat pujian ramai di media sosial itu tular selepas dikongsi seorang wanita di akaun tiktok @diarrajaneofficial mengenai keikhlasan anak muda yang yang sanggup berpatah semula ke pusat beli-belah berkenan untuk menghantar barangan yang ditemui.
Menurut Diara, kejadian yang berlaku kepada ibu baru-baru ini menyebabkan ibunya panik selepas beberapa barangan dan dokumen penting hilang.
Namun dia bersyukur rezeki ibunya masih ada apabila dihubungi oleh seseorang yang memaklumkan barangan berkenaan selamat dan berada bersamanya.
Anak muda itu kemudian kembali ke tempat sama yang menjumpai baranagan bagi menyerahkan semula barangan tersebut.
Malah, sangat mengejut barangan yang hilang ditemui dengan selamat dan semua barangan tidak diusik kecuali mendapatkan kad perniagaan untuk menghubungi.
Berkongsi mengenai penemuan beg tersebut, Diara berkata anak muda itu cuba membawanya ke pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan.
Namun ditutup menyebabkan dia nekad mencari sesuatu yang boleh dihubungi untuk mencari pemilik beg berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan yang dianggap jujur.
“Ya Allah, jujurnya budak ni. Luaskanlah rezekinya Ya Allah,” ujar Puteri Noreen.
“Bertuah ibu ayahmu adik. Sentiasalah jadi orang baik, segak paras rupa dan cantik pekerti,” kata Norshabiza Ahmad.
Malah Diara berkata, ibunya turut menghulurkan sumbangan kecil sebagai penghargaan kepada anak muda berkenaan namun ditolak dengan baik dan mengakui melakukan dengan ikhlas. – nasionalkini.my