in ,

Mohon permit khas lanjut tempoh pencarian Hawari

hawari
Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ketujuh selepas beliau dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas berjaya menawan puncak Everest, sehari sebelumnya

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Nepal akan membuat permohonan permit khas bagi melanjutkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di pergunungan Everest, minggu lalu.

Presidennya yang juga Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan permit khas itu berikutan aktiviti pendakian ke Everest akan ditutup secara rasmi Isnin ini.

Katanya, permit berkenaan bagi  membolehkan pihaknya meneruskan misi mencari dan menyelamat (SAR) dengan membawa beberapa teknologi daripada Malaysia termasuk inframerah, kamera dan pengesan haba serta peralatan berteknologi tinggi lain.

sebelum ini SAR tertumpu di bahagian atas gunung dikenali sebagai ‘zon kematian’ membabitkan enam malim gunung dan tinjauan melalui helikopter sehingga ketinggian 8,300 meter dari aras laut, namun masih buntu,”katanya.

Terdahulu misi pencarian digiatkan melalui darat membabitkan enam malim gunung di kawasan Kem Dua termasuk pencarian udara menggunakan dua helikopter.

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ketujuh selepas beliau dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas  berjaya menawan puncak Everest, sehari sebelumnya. – nasionalkini.my

mayat 1

Kehilangan anggota TLDM terjawab, ditemui maut dalam parit

WhatsApp Image 2023 05 26 at 11.18.03 PM 1 1

Di sebalik indah hidup di kota, awas risiko kesihatan mental