in ,

Kapal pengangkut China disyaki curi bangkai kapal perang lama British

350261141 533169098850289 749881483166373808 n
Kira-kira 100 peluru pelbagai saiz yang masih aktif yang ditemukan dalam kapal pengangkut dari China yang ditahan Maritim Malaysia kelmarin.

KOTA TINGGI, 30 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menemukan kira-kira 100 peluru pelbagai saiz dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China yang ditahan Zon Maritim Tanjung Sedili kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penemuan peluru itu membongkar aktiviti curi bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang, disyaki dilakukan kapal pengangkut terbabit.

“Kapal terbabit ditahan Maritim Malaysia pada kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang di sini, kerana bersauh tanpa kebenaran pada jam 12.45 tengah hari.

“Operasi yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang tadi, membabitkan dua aset Maritim Malaysia bersama 15 pegawai dan anggota, 12 anggota unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, tujuh anggota dari Jabatan Warisan Negara dan seorang anggota Jabatan Laut Malaysia.

350268193 620157943151828 7352287549126204222 n
Antara peluru yang ditemukan dalam kapal pengangkut dari China yang ditahan Maritim Malaysia kelmarin. 

“Maritim Malaysia tidak menolak kemungkinan kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China ini terlibat dalam aktiviti pencurian bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam, kesemua peluru pelbagai saiz yang ditemui telah diambil dan dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan. – nasionalkini.my

1998256

Diana Danielle dakwa tidak terima 8 cincin daripada Farid

Anggota tentera lemas di Sungai Leleh