in

Anggota tentera lemas di Sungai Leleh

Operasi mencari mangsa turut membabitkan pasukan penyelamat di air (PPDA) dari balai bomba Pekan dan Kuantan - Gambar oleh Bomba Pahang

ROMPIN, 31 Mei – Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Leleh, dekat Bukit Ibam, di sini, petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata,pusat gerakan operasi bomba Pahang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.17 petang.

Berdasarkan laporan, mangsa dikenali Mohd Sabrie Syabrie Mohd Shah, berusia 28 tahun dan bertugas di cawangan sumber manusia Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

“Seramai lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari balai bomba dan penyelamat Muadzam Shah terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Usaha mengesan bagaimanapun berdepan kesukaran kerana mangsa dipercayai tenggelam di dasar sungai itu.

“Seterusnya pasukan penyelamat di air (PPDA) dari balai bomba Kuantan dan Pekan dipanggil bagi membantu operasi,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, malam tadi.

Zulfadli memaklumkan mayat mangsa berjaya ditemui oleh anggota PPDA di dasar sungai terbabit jam 6.55 petang.

Katanya, operasi ditamatkan sekitar jam 7 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – nasionalkini.my

350261141 533169098850289 749881483166373808 n

Kapal pengangkut China disyaki curi bangkai kapal perang lama British

Umur 12 tahun ada 5 ijazah