KUALA LUMPUR, 30 Mei – Pelakon Diana Danielle mendakwa beliau tidak menerima lapan bentuk cincin seperti kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Farid Kamil hari ini.
Dalam satu hantaran di Instagram beliau hari ini Diana berkata, dia tidak selesa mengenai pemberian tersebut namun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu. Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya.
“Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” katanya.
Tambah bintang filem Imaginur berkenaan, dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata penghargaan mengenai pemberian barangan kemas tersebut.
Malah, dia juga berpesan kepada Farid agar tidak lagi menggunakan dua anak mereka sebagai perantara untuk menyerahkan sebarang pemberian kepadanya.
“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya. Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya.
“Kini orang awam mengetahui mengenainya dan tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” katanya. – nasionalkini.my