in

Bintai Kinden umum pelantikan baharu selepas pengarah berusia 24 tahun letak jawatan

WhatsApp Image 2023 05 16 at 3.24.18 PM

KUALA LUMPUR 16 Mei – Saham Bintai Kinden Corp. Bhd. susut lebih 8 peratus dalam dagangan pagi ini, setelah pengarah eksekutifnya meletakkan jawatan berkuat kuasa 12 Mei 2023 yang menyaksikan rombakan dalam syarikat perkhidmatan mekanikal dan elektrikal itu.

Setakat 3.01 petang, harga sahamnya susut 8.33 peratus atau 0.05 sen kepada 5.5 sen dengan permodalan pasaran pada RM45.03 juta.

Semalam, Noor Azri Datuk Seri Azerai meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif atas sebab peribadi dan komitmen masanya terhadap syarikat-syarikat lain. Beliau yang berusia 24 tahun memegang jawatan itu pada 23 Julai 2021 ketika berusia 22 tahun.

Susulan itu, dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Bintai Kinden mengumumkan perubahan di peringkat pengurusannya dengan menetapkan semula jawatan Mohd. Idzwan Izudin Ab Rahman sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa 15 Mei 2023.

Mohd. Idzwan, 41, sebelum itu merupakan Pengarah Bebas Bintai Kinden.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, kumpulan itu turut mengumumkan penetapan semula jawatan Ku Chong Hong sebagai Pengarah Eksekutif juga berkuat kuasa tarikh yang sama.

Sebelum itu, beliau yang berusia 34 tahun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan (MD).

Jawatan Chong Hong pula digantikan dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bintai Kinden, Datuk Tay Chor Han yang mana perlantikannya sebagai MD berkuat kuasa 15 Mac 2023.

Chor Han pernah memegang jawatan CEO kumpulan selama setahun mulai 24 Februari 2022 dan kemudiannya meletakkan jawatan pada 3 Mac lalu bagi meneruskan kepentingan lain.

Selain Azri, Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas Bintai Kinden, Datuk Ibrahim Othman dan Timbalan Pengerusi/Naib Bukan Eksekutif, Ong Choon Lui turut meletakkan jawatan atas sebab peribadi.

Sementara itu, Datuk Ng Choon Koon, 47, dan Ng Siew Kim, 31, dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan EKsekutif Bintai Kinden, berkuat kuasa semalam.

Pada 30 Mac lalu, harga saham Bintai Kinden jatuh di bawah paras terendah pada 3.5 sen, sehari selepas kumpulan itu diklasifikasikan di bawah Nota Amalan 17 (PN17).

Ia berikutan anak syarikatnya, Optimal Property Management Sdn Bhd (OPM) ingkar terhadap kemudahan
pembiayaan bernilai RM109 juta membabitkan pembinaan penginapan kampus pelajar Universiti Melaka (Unimel). – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 16 at 2.49.51 PM

Kalimah ‘Allah’ khusus untuk Sarawak sahaja – Anwar

WhatsApp Image 2023 05 16 at 3.45.56 PM

PM harap guru bantu lonjak martabat negara