in ,

Malaysia Madani tekad main peranan signifikan dalam ASEAN – PM

WhatsApp Image 2023 05 09 at 9.24.19 PM

Oleh Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 9 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menanam tekad untuk membawa Malaysia memainkan peranan lebih penting dan berkesan di dalam ASEAN.

Beliau pada masa sama menegaskan, bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan terus berusaha memperkukuhkan hubungan di antara negara anggota berteraskan semangat Madani.

“Hari ini saya dan delegasi berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.

“Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha-usaha pembangunan, ekonomi, sosio-budaya, keselamatan dan politik.

“Insha-Allah, Malaysia juga akan sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan hubungan bersama negara tetangga di ASEAN dengan berteraskan semangat Madani dan gagasan ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang bermula hari ini akan terbahagi kepada sesi pleno dan sesi pemukiman.

Perdana Menteri dijangka mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Beliau turut dijangka menghadiri sesi pertemuan dengan wakil-wakil Belia ASEAN, Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly – AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Advisory Council – ABAC) dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025 (High-Level Task Force on ASEAN Community’s Post-2025 Vision – HLTF-ACV). – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 22

KKD tubuh pasukan petugas laksanakan dwirangkaian 5G di Malaysia

anwar coldpaly

Konsert Coldplay November ini, PM ucap selamat datang