in

Suhaizan, Nazri wakil AMANAH bagi PRK Johor

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kaiat, diumum sebagai calon parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September ini.

Selain itu, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman, turut diumum sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ia diputuskan Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 17 Ogos lalu.

“Calon ini akan diperkenalkan dalam Majlis Memperingati Datuk Seri Salahuddin Ayob pada 23 Ogos ini di DUN Simpang Jeram, Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, lapor BH.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi selepas kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.- nasionalkini.my

Jenazah pertama nahas Elmina diserah kepada keluarga

Jenazah Muhamad Hafiz diserah kepada keluarga