in

Anna Jobling teraju siri baharu untuk platform  OTT  Indonesia

WhatsApp Image 2023 06 09 at 9.58.22 PM
Anna Jobling bakal berkelana di Bali selama sebulan untuk penggambaran siri drama tayangan di OTT Indonesia.

Oleh Hajidah Miharbi

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran produksi Indonesia, akhirnya impian aktres jelita, Anna Jobling untuk melebarkan sayap di negara jiran itu menjadi realiti.

Anna menerima tawaran sebagai salah seorang teraju utama dalam sebuah siri terbaharu di platform Over-The-Top (OTT), MNC TV di Indonesia.

“Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ada beberapa projek yang terpaksa ditolak. 

WhatsApp Image 2023 06 09 at 9.58.39 PM 1
Peminat Indonesia banyak memberi tunjuk ajar dan membetulkan sebutan bahasa dan dialek.

Anna sangat gembira untuk menerima dan membintangi naskhah terbitan negara seberang kali ini.

“Ini kerana waktu penggambaran serta watak yang ditawarkan bersesuaian, lagi-lagi Anna akan tinggal di Bali lebih daripada sebulan”, ujar pelakon berusia 23 tahun itu.

Anna mengakui penglibatannya kali ini merupakan pengalaman pertama bekerjasama dengan produksi Indonesia.

Tambahan pula, salah seorang pelakon kegemaran Anna iaitu Pevita Pearce merupakan salah seorang pengarah drama OTT ini.

ana bali 2
Anna mendapat tunjuk ajar daripada peminat Indonesia untuk sebutan bahasa dan dialek.

“Perasaan pastilah takut dan teruja, terutamanya Anna harusmemperbaiki dari segi bahasa dan dialek Indonesia serta menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia.

“Anna sangat berterima kasih dan bersyukur kepada peminat-peminat dari setiap negara yang sentiasa mendukung perkembangan Anna sehingga kini. 

“Bahasa dan dialek Indonesia Anna sering diperbetulkan oleh mereka ketika berinteraksi bersama dan itu yang membantu Anna lebih yakin untuk teruskan penggambaran drama OTT itu”, katanya yang menghargai sokongan peminat.

Dalam perkembangan lain, Anna yang turut tercalon dalam dua kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), melahirkan rasa syukur kerana turut mendapat undian dan sokongan daripada peminat di Indonesia. 

“Tak sangka mereka selalu kongsi perkembangan Anna dan berkempen untuk Anna,” katanya tersenyum. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 09 at 9.27.47 PM

Ibu tunggal 8 anak terharu terima Pencen Penakat Perkeso

WhatsApp Image 2023 06 09 at 10.15.10 PM

Dr Ahmad Idham tubuh PRISMA untuk Anak Istimewa