in

Ekonomi digital wujud peluang pekerjaan yang luas

WhatsApp Image 2023 05 09 at 9.19.03 PM
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kerangka digitalisasi dalam Ekonomi MADANI diyakini mampu mewujudkan peluang pekerjaan luas berikutan merangkumi pelbagai sektor antaranya pengaturacaraan, keselamatan siber dan e-dagang.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjangkakan 500,000 peluang pekerjaan dalam tiga sektor itu susulan perkembangan teknologi kini memerlukan penekanan kepada semua aspek berkenaan.

“Saya lihat satu daripada sektor yang sekarang ini kecil tapi akan berkembang pesat ialah keselamatan siber, kerana tidak berguna sekiranya kita mempunyai ekonomi digital yang rancak tapi tidak selamat dan keselamatan siber ini sangat memainkan peranan penting pada masa hadapan.

“Sektor e-dagang akan terus memainkan peranan yang penting dan mereka yang terlibat sama ada mereka yang mengusahakan platform-platform ini ataupun terlibat aktif dalam perniagaan secara e-dagang mungkin juga akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lain,” katanya

Mengulas lanjut Fahmi berkata, di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital terdapat 911 pusat ekonomi digital yang berfungsi dan rata-rata usahawan-usahawan datang mendapatkan perkhidmatan serta belajar cara memasarkan produk mereka.

“Kita lihat peningkatan pendapatan kepada dua ke lima kali ganda. Jadi ia bukan hanya pekerjaan yang dapat dihasilkan secara langsung tapi pendapatan kita secara masa nyata boleh dipertingkat sekiranya kita tahu manfaat ekonomi digital dan bagaimana kita boleh terlibat dalam ekonomi digital sekarang,” katanya.

azam baki

C4 Center gesa Azam Baki diganti demi kebebasan SPRM

durian samun 1

Peniaga durian disamun lelaki yang mengaku jadi pembeli