in ,

Dakwaan tiga ‘panglima perang’ Johor sertai PN diharap kekal khabar angin

WhatsApp Image 2023 06 17 at 7.24.07 PM
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui dakwaan berkenaan diketahui melalui media dan berharap sebagai khabar angin semata-mata.

Oleh LUTH ADWA

KOTA TINGGI 17 Jun – UMNO Johor berharap dakwaan tiga ‘panglima perang’ dari negeri ini yang dikatakan bakal berhijrah menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai khabar angin. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui dakwaan berkenaan diketahui melalui surat khabar. 

“Sama ada ia benar ataupun tidak, dari sudut kepimpinan parti, perkara itu kita tidak ada dengar.

“Kita berharap ia terus kekal sebagai khabar angin,” katanya selepas melakukan lawatan di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi hari ini.

5 Jun lalu, PN  mengumumkan 10 ‘warlord’ UMNO  bakal menyertai gabungan itu menjelang pilihan raya di enam negeri dengan tiga daripada mereka dikatakan berasal dari Johor.

Malah, Ketiga-tiganya dikatakan pemimpin berpengaruh dan mempunyai jawatan penting dalam UMNO sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berpandangan 

adalah tidak wajar bagi ahli politik khususnya parti itu ‘melompat’ apabila sesuatu keadaan tidak memihak kepadanya.

“Politik ini ada pasang surut dan panjang, sekiranya kita mempunyai prinsip perjuangan, ia tidak akan mengubah apa-apa. 

“Jadi kita hadapi sahaja kerana ia boleh beri kita pengajaran dan jadi pengalaman dan panduan. 

Boleh juga menjadi panduan tetapi hidup mesti berprinsip takkan apabila keadaan tidak memihak kepada kita, maka kita pun terlompat-lompat,” katanya. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 17 at 4.23.45 PM

Demi keprihatinan, KRT Jertih, CBT gotong royong bersih rumah warga emas tinggal sebatang kara

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke kejohanan golf amal