in ,

Bekas Naib Canselor UPSI dihukum penjara kerana salah guna kuasa

Zakaria Kasa 1
Mahkamah membenarkan Zakaria membuat permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

IPOH, 2 Jun – Angkara menyalahgunakan kuasa kira-kira sembilan tahun lalu, bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Zakaria Kasa, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ipoh, hari ini.

Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Su Tiang Joo, sekali gus mengetepikan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen sebelum ini yang melepaskan dan membebaskan tertuduh.

Bagaimanapun Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

upsi
Kampus induk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.

Namun tertuduh yang kini berusia 66 tahu diarah menjelaskan denda yang diputuskan mahkamah hari ini dan diarah menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal berbuat demikian.

Memetik Berita Harian,  Zakaria didakwa menggunakan jawatannya ketika itu dengan mengarahkan Mohd Faizi Othman iaitu Pendaftar UPSI untuk memasukkan nama anak lelakinya, Mohd Fauzi Zakaria, untuk dipanggil temu duga pada 12 September 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Naib Canselor di Bangunan Canselor UPSI di Tanjung Malim antara 24 Jun hingga 12 September 2014.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, Mahkamah Seksyen Ipoh  melepaskan dan membebaskan Zakaria daripada pertuduhan salah guna kuasa itu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 02 at 9.05.31 PM

KKM alukan penglibatan GP dalam Skim Perubatan Madani

WhatsApp Image 2023 06 02 at 9.49.13 PM 1

Walaun’ umpan askar siber, PN jangan terjerat – KJ