in ,

KKM alukan penglibatan GP dalam Skim Perubatan Madani

WhatsApp Image 2023 06 02 at 9.05.31 PM
Dr Zaliha Mustafa berkata, penyertaan pengamal perubatan swasta ke Skim Perubatan Madani diyakini boleh membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut sekali gus kurangkan kesesakan dan masa menunggu di kemudahan kesihatan kerajaan.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 2 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan pengamal perubatan swasta umum (GP) untuk menyertai program Skim Perubatan Madani.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, penyertaan berkenaan bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Jelasnya, ini terutama GP di 10 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak)

“KKM dengan ini menjemput GP di lokasi yang terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani bermula hari ini.

“Layari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

“ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Perubatan Madanisebagai salah satu inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula 15 Jun ini.- nasionalkini.my

Hadi 1

Presiden PAS dinasihat supaya tidak guna agama untuk kepentingan diri dan parti

Zakaria Kasa 1

Bekas Naib Canselor UPSI dihukum penjara kerana salah guna kuasa