in

Keperluan sambutan Aidiladha, bekalan daging mencukupi

mat sabu
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya memberi jaminan dan akan melakukan pemantauan dari semasa-semasa supaya bekalan untuk Aidiladha mencukupi.

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan makanan termasuk daging, mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha, kali ini

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya memberi jaminan dan akan melakukan pemantauan dari semasa-semasa bagi memastikan bekalan mencukupi.

 Menerusi agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Peladang Kebangsaan (PPK), juga akan membuat intervensi jika berlaku kenaikan harga mengejut barang keperluan itu.

“FAMA dan Persatuan Peladang (PPK) akan melakukan ‘interfere‘ seperti Ramadan yang lepas.Alhamdulilah, harga daging dapat dikawal malah dijual dengan harga yang lebih murah,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau pada masa sama memaklumkan FAMA kini sedang merancang untuk menambah cawangan sedia ada di negara ini bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan. – nasionalkini.my

IMG 20230625 WA0058

TMJ lancar perang psikologi muat naik scoreboard JDT tewaskan Selangor

kem syed sirajuddin

Bom lempar meletup: anggota TUDM maut, 2 jurulatih parah