in

Agong terima watikah lantikan ketua perwakilan asing

Gambar oleh Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini, hari ini.

Ketua perwakilan asing itu adalah Jaime Alexis Munoz Sandoval dari Chile, Ouk Chandara (Kemboja), Lada Phumas (Thailand), Dinh Ngoc Linh (Vietnam), Abdelhafid Bounour (Algeria), Morecome Mumba (Zambia), Altynbek Zhumaev (Kyrgyzstan), Ailsa Terry (United Kingdom) dan Krzysztof Dariusz Dobrowolski (Poland).

Selain itu, Orla Tunney dari Ireland, Syed Ahsan Raza Shah (Pakistan), Serob Bejanyan (Armenia), Stella Bezirtzoglou (Greece), Patrick Hemmer (Luxembourg), Darius Gaidys (Lithuania), Erick Rahmat Moertabat (Suriname), Marko Ham (Slovenia) dan Charif Maoulana (Comoros), lapor Bernama.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.- nasionalkini.my

aminudin

Aminuddin menghadap Sultan Selangor

Pesawat ringan dari Langkawi terhempas