in ,

Aminuddin menghadap Sultan Selangor

aminudin
Beliau tiba dengan menaiki kenderaannya pukul 2.34 petang.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun tujuan pertemuan itu masih lagi menjadi tanda tanya tetapi dipercayai bagi menyembah maklum nama calon Menteri Besar Selangor.

Amirudin yang juga menteri Besar semnetara itu menaiki kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia tiba di istana berkenaan kira-kira jam 2.34 petang.

Terdahulu tular spekulasi mengenai pelantikan Menteri Besar menjadi tajuk utama media termasuk Menteri Besar Selangor ke-17 yang baharu dijangka mengangkat sumpah, esok.

Memetik laporan Sinar Harian, Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu dalam pilihan raya negeri (PRN).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Julai lalu, ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Kuala Selangor.

Bagaimanapun, terdapat khabar angin bahawa Amirudin akan diangkat sebagai menteri di peringkat Persekutuan dan tempatnya diganti calon muka baharu juga dari PKR.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Dr Fahmi Ngah, calon PKR yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Pada PRN Selangor Sabtu minggu lalu, gabungan PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi DUN. – nasionalkini.my

bhspr03 1688356558

Tunjuk kertas undi tindakan salah

Agong terima watikah lantikan ketua perwakilan asing