in

Pesawat ringan dari Langkawi terhempas

Gambar oleh Orang Awam

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Sebuah pesawat ringan dari Langkawi ke Subang terhempas di bandar Elmina, Shah Alam, Selangor petang ini.

Kejadian itu disahkan oleh pihak polis.

Menerusi perkongsian video Auf Marsya Esyal di Facebook, sebuah bangkai kapal terbang dalam keadaan terbakar dan terhempas di jalan raya, lapor BH.

Dalam rakaman video itu juga turut memaparkan sebuah motosikal dalam keadaan terbakar berhampiran pesawat yang dipercayai terhempas itu.

Difahamkan, setakat ini tiga individu terkorban dalam insiden berkenaan.- nasionalkini.my

Agong terima watikah lantikan ketua perwakilan asing

EXCO Pahang antara penumpang pesawat ringan terhempas