in

Agong berkenan sampai sumbangan peribadi kepada waris tragedi Elmina

Gambar oleh Istana Negara

KLANG, 20 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris-waris mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, sumbangan itu diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin dalam kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang hari ini.

Dalam kunjungan itu, Zahari turut menyampaikan ucapan takziah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada semua waris dan ahli keluarga atas pemergian mengejut insan tersayang ke Rahmatullah.

Gambar oleh Istana Negara

“Seri Paduka Baginda berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar semua keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka beriman dan beramal soleh,” menurut catatan itu, lapor Bernama.

Dalam insiden pada Khamis lalu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor, mengakibatkan 10 individu maut, antaranya ialah Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.- nasionalkini.my

Sri Pahang mara ke suku akhir Piala Malaysia

jaw prison

500 banduan Bahrain lancar mogok lapar