in

Agong berkenaan berangkat bertemu Putera Monaco

FB IMG 1685269679267
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan Putera Monaco, Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam.

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan Putera Monaco, Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka di Palace of Monaco pada 10.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) disambut oleh Putera Albert II.

Selesai majlis di Palace of Monaco, Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II berkenan berangkat ke majlis pelancaran kenderaan pelbagai tugas Rover Lunaire Flex di ibu pejabat Venturi, sebuah syarikat pengeluar automatif yang berpangkalan di Monaco.

Menurut Istana Negara, majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Putera Albert II dan turut dihadiri Perdana Menteri Monaco, Serge Telle serta pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Venturi, Gildo Pastor.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima persembahan taklimat berkenaan Rover Lunaire Flex, yang dijangka mula beroperasi dan digunakan di bulan pada 2026 dan buat pertama kalinya dipamerkan kepada awam semalam,” menurut catatan Facebook Istana Negara.

Seri Paduka turut berkenan berangkat mengunjungi pasukan F1 Mercedes-Petronas di The Paddocks dan kemudiannya, Automobile Club Monaco pada sebelah petang waktu tempatan, semalam. – nasionalkini.my

FB IMG 1685260087938

Tiga maut, MPV bertembung kereta

20230508 092523

KKM naik taraf 42 klinik daif di Pahang