in

45 kamera AwAS beroperasi di seluruh negara

IMG 20230606 WA0006
Pemasangan kamera AwAS bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya, terutamanya di kawasan titik hitam di mana nahas jalan raya kerap berlaku sebelum ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Sebanyak 45 kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) sedang beroperasi dan dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kamera beroperasi sepenuhnya, manakala satu kamera dalam proses pembaikan dan penyelenggaraan.

“Kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera tersebut adalah mencecah 99 peratus secara keseluruhannya.

“Perkara itu seterusnya telah berjaya meningkatkan persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya seterusnya mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan kamera AwAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun yang ingin tahu status terkini kamera Automated Enforcement System (AES) dan berapa jumlah yang masih beroperasi dan adakah sebarang kajian terkini keberkesanan penggunaan kamera AES.

Hasbi berkata, Kementerian Pengangkutan ingin menekankan bahawa penguatkuasaan kamera AwAS bukanlah bertujuan memerangkap pengguna jalan raya.

Katanya, perkara itu terbukti dengan pemasangan tiga papan tanda memaklumkan lokasi kamera AwAS beroperasi kepada pengguna jalan raya.

“Kamera AwAS adalah bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan titik hitam di mana nahas jalan raya kerap berlaku sebelum ini.

“Penggunaan kamera sebegini telah membolehkan aktiviti penguatkuasaan berlangsung 365 hari dan 24 jam sehari, serta mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia (anggota penguatkuasaan) yang tinggi,” ujarnya. – nasionalkini.my

IMG 20230606 WA0005

300 unit rumah PPR ditawarkan setahun

IMG 20230606 WA0007

Penjara 7 bulan buat laporan palsu, tiada dokumen sah