in

Harimau Malaya berdepan Oman, Kyrgzstan

361655139 985999752473261 7854924928533541126 n

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Malaysia bakal berdepan dengan pasukan di ranking ke-73, Oman dan pasukan di ranking ke-97, Kyrgyzstan bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November depan.

Ini selepas skuad Harimau Malaya diundi bersama pasukan terbabit dalam Kumpulan D selepas majlis undian yang berlangsung di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Melengkapkan pasukan dalam Kumpulan D adalah pemenang pusingan pertama antara Taiwan menentang Timor Leste.

Juara Piala Asia 2019, Qatar diundi dalam Kumpulan A bersama India, Kuwait dan pemenang antara Afghanistan menentang Mongolia.

Jepun berada dalam Kumpulan B bersama Syria, Korea Utara dan pemenang aksi Myanmar berdepan Macau manakala Kumpulan C menampilkan Korea Selatan, China, Thailand dan pemenang aksi Singapura berdepan Guam. – nasionalkini.my

IMG 20230727 171306 800 x 500 pixel

KDA FC buru kemenangan ketiga

WhatsApp Image 2023 07 27 at 7.02.56 PM

30 peratus penerima kredit e-tunai dijangka sukar dapat bantuan – Ahmad Maslan