in

Kanak-kanak hilang jatuh sungai

Gambar hiasan

HULU SELANGOR, 6 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, berhampiran Desa Alam Ria di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.15 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa (gambar kecil), 7, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, malam tadi – Gambar oleh BH

“Berdasarkan laporan awal, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa berusia tujuh tahun dikatakan jatuh ke dalam sungai.

“Operasi menggunakan teknik ‘water surface’ di laluan sungai dengan anggaran satu kilometer dari kawasan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan lapor BH.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan jam 11.30 malam dan disambung pagi ini. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Pesta Kuantan 188 tawar hadiah RM50,000

20230506 114734

Suspek cekik adik dakwa mangsa buli