in

Takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan – Agong, Permaisuri

356660572 804130231162380 5360172406912661040 n 1

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam kejadian letupan bom ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mereka dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” kata hantaran itu hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.10 tengah hari, Ahad lalu, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, meninggal dunia selepas dikatakan terkena bom lempar yang meletup ketika sesi latihan di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar kem berkenaan.

Sementara itu, Koperal Udara Syuib Bidin, 33, jurulatih di INSTAR meninggal dunia pada 5.45 petang hari yang sama ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di Hospital Segamat, Johor.

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menghargai jasa dan khidmat mereka kepada TUDM dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seorang lagi jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, yang cedera dalam insiden tersebut dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan segera,” menurut catatan itu. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 27 at 2.33.46 PM

Koperasi Johor rekod aset RM1.35 bilion, perolehan RM715 juta

355139818 648114170695914 6949252482145895221 n

Tumpahan diesel akibat kemalangan dikawal segera