in

Tumpahan diesel akibat kemalangan dikawal segera

355139818 648114170695914 6949252482145895221 n
Kakitangan PLUS meletakkan serbuk kayu di longkang akibat tumpahan minytak diesel

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Tindakan awal pihak PLUS dan Lembaga Urus Air Selangor berjaya mengelak berlaku gangguan bekalan air susulan kebocoran sebuah tangki lori di Lebuhraya Elite Kilometer 35 (arah utara) dari Nilai Utara ke Bandar Serenia, pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, susulan kemalangan itu, pihak PLUS telah mengambil tindakan awal dengan meletakkan serbuk kayu di lokasi tumpahan minyak.

“Pihak LUAS juga telah meletakkan ‘oil pad’ sebagai langkah pencegahan di tapak bagi kawalan aliran sisa minyak tersebut.

“Siasatan LUAS sepanjang 500 meter di longkang berhampiran tidak menemukan sebarang kesan pencemaran sisa minyak. Keadaan longkang, sump dan jalan raya di kawasan terlibat juga telah kering dan tidak berbau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya meminta semua pihak supaya prihatin terhadap aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada LUAS untuk diambil tindakan segera.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan Enakmen LUAS 1999,” katanya. – nasionalkini.my

356660572 804130231162380 5360172406912661040 n 1

Takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan – Agong, Permaisuri

WhatsApp Image 2023 06 27 at 4.21.03 PM

‘Kami nak tinggal mana’