in ,

Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan di Istana Negara

permaisuri
Keberangkatan tiba Tunku Azizah diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abdul Rahman; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR, 12 Julai –  Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hi-Tea Bersama Seri Paduka di Istana Negara, hari ini.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abdul Rahman; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Turut mengiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

Majlis santapan tersebut turut dihadiri kira-kira  350 tetamu hadir terdiri daripada pereka fesyen tempatan, ahli politik, selebriti dan pempengaruh.

Acara petang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta pertunjukan busana tradisional, termasuk songket dan Tenun Pahang yang dikendalikan oleh pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill.

Selain itu, sebanyak 70 busana peribadi Tunku Azizah turut dipamerkan di hadapan dewan santapan bagi memberi peluang tetamu melihat dengan lebih dekat koleksi diraja tersebut. – nasionalkini.my

.

WhatsApp Image 2023 07 12 at 7.31.03 PM

Rajesh Khanna sukar terima hakikat hilang mahkota ‘superstar’ 

jem

Penduduk Alam Sari ‘terseksa’ hadap kesesakan setiap hari