in

Kedah kekal milik PN

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR, 12 Ogos – Perikatan Nasional (PN) menepati ramalan mengekalkan penguasaan di Kedah selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri hari ini.

Berdasarkan kedudukan semasa sehingga jam 9.30 malam tadi, PN disahkan menang di 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Ia membabitkan DUN Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundor, Anak Bukit, Kubang Rotan, Tokai, Sungai Tiang, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Belantek, Jeneri dan Tanjong Dawai.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, yakin PN akan memenangi 33 kerusi DUN dalam PRN kali ini, lapor BH.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) PN berkata, ramalan itu berdasarkan sokongan kuat kepada gabungan politik itu yang disertai PAS, BERSATU dan GERAKAN sepanjang tempoh 12 hari kempen.

Sebelum ini, PN menguasai 20 kerusi DUN iaitu 14 melalui PAS dan enam milik BERSATU.

PH pula dengan 10 kerusi iaitu masing-masing empat milik PKR dan AMANAH selain dua DAP. UMNO dan PEJUANG pula menguasai masing-masing dua kerusi.

Baki dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu selepas dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek daripada PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu.- nasionalkini.my

ketua olis

Polis terima 42 kes guna kad pengenalan orang lain undi PRN

PH-BN tewas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu