in ,

Annuar Musa nyata hasrat tidak bertanding – Abdul Hadi

353417867 820429352772614 2049157043491939447 n
Tan Sri Annuar Musa

MARANG, 9 Julai – Walaupun bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah disenaraikan sebagai calon Pas pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, namun figura politik itu dikatakan tidak berhasrat untuk bertanding.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu diakui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Marang pada petang semalam.

Abdul Hadi menjelaskan, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat berbanding negeri.

“Itu (kedudukan Annuar) kita serah kepada pemimpin Pas Kelantan. Namun kita lebih setuju dia berperanan di peringkat nasional (kerana) dia tokoh besar, bukan peringkat negeri (tapi) peringkat lebih besar,” ujarnya.

Sebelum ini, Annuar yang baharu menyertai Pas turut menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi calon pada PRN kali ini jika diberikan mandat untuk bertanding.

Katanya, beliau perlu berbincang dengan pucuk pimpinan Pas Kelantan untuk mengetahui tujuan sekiranya beliau diamanahkan berbuat demikian.

Sebelum ini, wujud dakwaan kononnya Annuar dikatakan bakal berentap dengan anaknya, Afiq Amani bagi merebut kerusi dalam PRN bulan depan.

Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelantan kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN. – nasionalkini.my

000 33NA3JM

14 maut dalam runtuhan bangunan di Brazil

FB IMG 1688878114284

Polis tahan pemandu lori bertengkar sambil pegang parang