in

Rafizi dakwa janji naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail oleh PAS tidak berpijak di bumi nyata

rafizi 1
Rafizi Ramli

KLANG, 9 Ogos – Tawaran PAS Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa sekiranya Perikatan Nasional kekal mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ini adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, urusan menaik taraf sesebuah lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan sesuatu yang boleh dijanjikan begitu sahaja oleh sesebuah parti atau kerajaan negeri.

Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya semasa ceramah Jelajah MADANI kawasan Dewan Undangan Negeri Sementa,malam tadi.

Rafizi merujuk kenyataan seorang exco Kelantan baru-baru ini yang dilaporkan berkata langkah menaik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa akan memudahkan rakyat negeri itu untuk menggunakan penerbangan terus ke destinasi yang ingin dituju tanpa perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Katanya, janji itu ditabur bagi menarik sokongan sempena PRN dan akhirnya akan dijadikan alasan untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan selepas ini sekiranya  tidak boleh dilaksanakan PAS. – nasionalkini.my

markas PH

Sepupu buka markas PH di pekarangan rumah Timbalan MB Kelantan

ezgif.com webp to jpg 6

Bekas PM Pakistan hilang kelayakan sertai pilihan raya selama lima tahun