in

Melaka sedia bentang RUU Antilompat Parti

IMG 20230516 WA0001
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 4 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada sidang DUN yang dijadualkan hujung bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan itu selari dengan Kerajaan Pusat yang menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan RUU sama pada 28 Julai tahun lalu.

“Kita akan membentangkan akta lompat parti seperti mana yang diputuskan di Parlimen tahun lalu.

“Kita kena bentangkan (RUU) kerana kita perlu ikut apa yang telah diputuskan pucuk pimpinan,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri melakukan tinjauan lokasi pelaksanaan inisiatif ‘No Right Turn’ dan keadaan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh SPA di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata jentera BN Melaka akan membantu kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan yang dijangka bulan depan.

“Kita akan bantu mereka dan telah pun pecahkan pasukan mengikut Parlimen masing-masing untuk jaga kawasan ditetapkan pihak badan Perhubungan (BN) Negeri Sembilan.

“Kawasan kita jaga ialah bersempadan dengan Melaka seperti Rembau, Tampin, Gemenceh dan Linggi,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada esok berkaitan PRN melibatkan enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230606 112317 6 x 4 inch

KDNK Terengganu luar jangka

IMG 20230703 124137 800 x 500 pixel

Operasi SAR tragedi kepala air diteruskan pagi ini