SEBUT sahaja sup tulang merah mesti terbayang hidangan istimewa dari Singapura itu, namun kini untuk mendapatkan hidangan itu tidak perlu lagi ‘terbang’ ke negeri jiran kerana kerana hidangan itu juga boleh didapati di Johan Kitchen yang terletak di Taman Kosas Ampang.
Pertama kali merasaikan hidangan sup tulang merah membuatkan penulis terus jatuh cinta, maklumlah biasanya hidangan sup adalah berwarna putih kerana gabungan rempah tetapi kali ini sup yang dihidang berwarna merah pekat bersama sebiji roti panjang.
Namun lega hidangan sedap dan memenuhi selera penulis yang terus jatuh cinta dengan hidangan tersebut meskipun pertama kali merasai.

Menariknya, hidangan sup tulang merah disediakan sendiri individu hebat yang dahulunya merupakan seorang pengurus kepada penyanyi hebat tanah air, Zamani Slam.
Kini pengurusnya, Johan Aziz bertukar bidang ke dalam dunia masakan menyediakan hidangan hebat yang terkenal di Singapura.
Beliau bagaimanapun tidak kekok beraksi didapur meskipun lebih 26 tahun mengurus dan menjaga Zamani.

Ini kerana katanya, isterinya, Norhayati Salim yang berasal dari Johor banyak membantu dan menjadi peneraju utama dalam menyediakan hidangan sup tulang merah.
Kongsinya lagi, resipi sup gearbox tulang merah daripada isteri, kakak ipar dan abang iparnya namun dia mengubai suai dengan citarasanya sendiri.
“Saya mengubahsuai resipi itu dengan menambah rempah ratus pilihan saya dan kemudian meminta isteri dan anak-anak saya merasanya.

Alhamdulillah komen yang positif daripada mereka, itu adalah sup gearbox tulang merah ‘signature’ Johan Kitchen, saya amat bersyukur,” kongsinya mengenai resipi menjadikannya lebih istimewa.
Selain sup tulang merah kedainya yang terletak di Lepak-Lepak diT aman Kosas itu turut menyediakan hidangan lain seperti kacang pool, Nasi Bukhari, cekodok pisang, cucur udang geragau dan juga rojak buah.
Bagi mereka yang ingin mencuba menu yang sedap dan lazat daripada Johan Kitchen terutama yang tinggal di Kuala Lumpur bolehlah singgah di Lepak-lepak di Taman Kosas, Ampang atau ke IG@johanaziz atau hubungi talian 0136788740. – nasionalkini.my