OLEH: Arman Dhani Zafir
KUANTAN, 12 Mei – Kerajaan negeri bercadang untuk memberi dan menyalurkan peruntukan yang telah disediakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan secara berkala.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sentisa mempertimbangkan penyaluran peruntukan tersebut.
Menurutnya, namun begitu peruntukkan tersebut adalah berbeza dengan peruntukan diterima oleh wakil rakyat dari kerajaan negeri.
“Kita bercadang hendak bagi secara berkala. Selepas itu akan ada lagi pelbagai peruntukan dan kita menjunjung titah Tuanku Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Istiadat Pembukaan Sidang DUN, Isnin lalu.
“Kita tetap berikan… cuma tidaklah sama dengan Adun yang berada dalam keerajaan.
“Kena ada sedikit perbezaan dan ia merupakan perkara biasa dan tidak dapat dinafikan. Tidak berlaku (dalam kerajaan) peruntukan sama (antara ADUN pembangkang dan kerajaan),” katanya dalam ucapan pergulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang penggal kedua di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Terdahulu, Tengku Hassanal terlah bertitah agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan yang adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri ini ketika bertitah di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, Isnin lalu.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, sepatutnya tidak timbul isu sama ada ianya titah atau tidak sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka).
Jelasnya, sebelum ini memang ada perancangan sebelum perkara ini dibangkitkan.
“Sebelum titah Tuanku lagi kita ada memberikan peruntukan RM5,000 kepada yang berhormat pembangkang ketika bulan Ramadan yang lalu. Boleh bagi lagi, InsyaAllah.
“Memang ada dalam perancangan tetapi tidaklah setiap bulan. Perlu ada tanda aras supaya ada ukuran bagi mendapatkan butiran terperinci.. seia dan sekata tidak macam negeri lain yang ada ADUN dapat dan ada tidak.
“Berkaitan peruntukan kepada pembangkang ini kita akan bawa kepada perbincangan bersama exco. Saya tidak boleh beri kelulusan sewenangnya kerana ia melibatkan duit kerajaan negeri. Kena tengok inplikasjnkepada kewangan dan aliran kerajaan negeri,” katanya.
Sementara itu, tambah beliau, kebajikan rakyat sentiasa dititik berät, dalam menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada rakyat negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri menyalurkan bantuan meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa memilih bangsa, agama mahupun warna politik.
“Malah, di kawasan DUN Pembangkang sekali pun Kerajaan Negeri akan tetap salurkan bantuan ini, walaupun pengundi di kawasan tersebut tidak memilih kami pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu kerana ini sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai Kerajaan.
“Walaupun peruntukan tidak disalurkan terus kepada ADUN Pembangkang, tetapi bantuan-bantuan ini tetap sampai kepada rakyat yang disalurkan menerusi Menteri Besar sendiri, Exco Kerajaan Negeri, Penyelaras DUN serta Pejabat Daerah,” katanya. – nasionalkini.my