in

Roadcare jamin telus dalam proses agih tender

IMG 20230512 114737 scaled
Wan Imran (kanan) bersama sebahagian kontraktor yang menerima notis pelaksanaan kerja di Kuantan, hari ini

KUANTAN, 12 Mei – Semua projek ditawarkan Roadcare (M) Sdn Bhd kepada kontraktor di negeri ini dilakukan secara telus melalui sistem tender terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare, Datuk Wan Imran Wan Omar berkata, tidak timbul soal ‘pilih kasih’ dalam pengagihan projek kepada mana-mana pihak kerana sistem tender terbuka dilaksanakan pihaknya bukan dikawal oleh mana-mana individu dalam Roadcare.

“Proses permohonan bagi kerja (projek) rutin dibuat oleh kontraktor secara dalam talian.

“Mereka (kontraktor) boleh akses pautan disediakan bagi melihat tawaran yang ada dan memilih projek yang mereka mahu.

“Selepas itu, borang tawaran harga akan diserahkan oleh kontraktor terbabit kepada kami untuk proses penilaian dan sebut harga yang paling kompetatif sebelum dipilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Notis Pelaksanaan Kerja dan Taklimat Bagi Kerja Penyelenggaraan Rutin Tahun 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Operasi Roadcare, Nikifli Nurizan Nik Saad.

Seramai 135 kontraktor kelas G1 menerima notis pelaksanaan kerja masing-masing pada majlis itu.

Kerja terbabit bermula 1 Jun ini sehingga 31 Mei 2024.

Sementara itu, seorang kontraktor, Yusri Yusof ketika ditemui berkata, projek diagihkan Roadcare akan membantu mereka kembali bernafas selepas berdepan pelbagai masalah sejak COVID-19.

“Untuk projek penyelenggaraan rutin ini, jumlah syarikat kontraktor yang memohon adalah lebih 500 dan hari ini 135 kontraktor sudah menerima notis kerja.

“Jadi yang dapat projek untuk pusingan ini, buatlah kerja dengan amanah dan tanggungjawab supaya imej kita kekal bersih.

“Saya juga berpuas hati dengan tawaran diberikan, jumlah sebut harga kita kemukakan dan nilai projek ditawarkan adalah tidak banyak berbeza,” katanya. – nasionalkini.my

346633513 783723909994011 8525898660578065525 n

Kerajaan Pahang sedia pertimbang peruntukan kepada ADUN pembangkang

WhatsApp Image 2023 05 12 at 1.31.05 PM

Remaja didakwa simpan video lucah kekasih dalam telefon bimbit