in

Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus suku pertama 2023

IMG 20230512 WA0010
Isu semasa dan perkara yang bermanfaat boleh dipertimbangkan untuk dijadikan isi kandungan khutbah Jumaat - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ekonomi Malaysia terus berkembang pada suku pertama 2023 sebanyak 5.6 peratus didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pasaran pekerjaan yang bertambah baik serta peningkatan guna tenaga yang mantap dan upah yang terus meningkat telah menyokong penggunaan swasta.

Sementara itu, aktiviti pelaburan disokong oleh pengembangan kapasiti dan projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan. Pelancongan ke dalam negeri yang terus pulih meningkatkan eksport perkhidmatan dan sebahagiannya mengimbangi pertumbuhan eksport barangan yang lebih perlahan.

“Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus memacu pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 0.9 peratus.

Inflasi keseluruhan pada suku pertama menurun kepada 3.6 peratus  berbanding 3.9 peratus pada suku sebelumnya.

Hal ini disebabkan terutamanya oleh inflasi teras yang sederhana dan harga minyak RON97 yang lebih rendah.

BNM berkata, pengurangan inflasi teras kepada 3.9 peratus pada suku pertama sebahagian besarnya disumbangkan oleh perkhidmatan terpilih.

Perkhidmatan tersebut termasuk perkhidmatan telefon dan telefaks, makanan di luar rumah serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian.

“Meskipun tekanan kos terus menjadi reda, terutamanya harga komoditi global, inflasi teras kekal tinggi pada suku pertama berikutan keadaan permintaan yang terus kukuh,” jelasnya.

Menurut bank pusat, tekanan harga kekal meluas.

Bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan kenaikan harga bulanan kepada 56 peratus pada suku pertama, sebahagiannya mencerminkan pelarasan harga oleh syarikat-syarikat yang lazimnya dilakukan pada awal tahun serta kenaikan harga yang berterusan bagi beberapa item berkaitan makanan. – nasionalkini.my

IMG 20230512 WA0009

KPDN Melaka rampas barang tiruan di empat lokasi tumpuan pelancong

346633513 783723909994011 8525898660578065525 n

Kerajaan Pahang sedia pertimbang peruntukan kepada ADUN pembangkang