in ,

Polis terima 42 kes guna kad pengenalan orang lain undi PRN

ketua olis
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tertinggi diterima di Selangor dengan 16 kes

KUALA LUMPUR, 12 Ogos –   Sebanyak 42 laporan polis diterima berhubung penggunaan kad pengenalan milik individu lain dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tertinggi diterima di Selangor dengan 16 kes manakala Selangor, sembilan kes sama dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga) dan Kelantan, satu kes.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Razarudin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lebih banyak laporan polis dibuat oleh pengundi yang mengesan kad pengenalan mereka sudah digunakan dalam proses pengundian PRN 15 di enam negeri.

“Pihak kami turut menerima laporan membabitkan kesalahan Seksyen 3(1)(m) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mencetak apa-apa bahan menyamai kertas untuk digunakan atau mungkin diguna dalam pilihan raya.

“Pihak polis turut menerima laporan berhubung kesalahan khianat ke atas bendera parti dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dua laporan berhubung rasa tidak puas hari disebabkan jari kanan dicelup ketika proses mengundi,” katanya. – nasionalkini.my

ikon2

Ikon UUM, TVET kongsi kejayaan di Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia

Kedah kekal milik PN