Oleh Mohammad Ishak
KUALA TERENGGANU, 25 Jun – Presiden Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Terengganu (PERENTAS – UMT), Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab dipilih menerajui Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bagi sesi 2023-2025.
Lantikan itu dibuat pada Mesyuarat Agung MASTI Kali ke-11 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), malam tadi.
Turut berlangsung Majlis Santapan Khas Diraja sempena Seminar Antarabangsa Pengurusan Universiti Kali Ke-3.
Wan Mohd Wazir berkata, pelantikan itu adalah tanggungjawab besar bagi menjaga kebajikan pentadbir universiti awam.
“Saya berazam untuk merealisasikan Hala Tuju MASTI 2023 – 2025 seperti ditetapkan dan membawa nama MASTI ke persada antarabangsa.
“Kesepakatan utuh dan hala tuju yang jelas akan membantu proses memperkasa dan memartabatkan peranan pentadbir universiti.
“Ini adalah seiring dengan visi dan misi kegemilangan institusi pendidikan tinggi di negara ini,” katanya.
Wan Mohd Wazir menerajui PERENTAS – UMT sejak 2015.
Untuk rekod, MASTI ditubuhkan sejak dua dekad lalu adalah gabungan persatuan pentadbir universiti awam Malaysia dan mempunyai kira-kira 10,000 ahli. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN