in

KUIPs tersenarai penarafan SETARA dan MyQUEST 2022

kuips3
Sebanyak 90 buah atau 86.54 peratus daripada 104 IPT termasuk KUIPs mendapat keputusan Berdaya Saing manakala sebanyak 14 buah atau 13.46 peratus IPT mendapat keputusan Berdaya Maju bagi SETARA 2022.

KUALA PERLIS, 3 Sept. – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) tersenarai dalam keputusan Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) 2022 yang diumumkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi.

Menerusi kenyataan tersebut sebanyak 90 buah atau 86.54 peratus daripada 104 institusi pengajian tinggi (IPT) telah mendapat keputusan berdaya saing.

Manakala sebanyak 14 buah atau 13.46 peratus mendapat keputusan berdaya maju bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) 2022.

WhatsApp Image 2023 09 02 at 10.05.54 AM
Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle

“Sebanyak 158 buah atau 90.29 peratus daripada 175 kolej mendapat keputusan berdaya saing manakala sebanyak 17 atau 9.71 peratus kolej mendapat keputusan berdaya maju untuk Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) 2022.

“Keputusan Penarafan IPT 2022 ini menunjukkan lebih 85 peratus IPT mencapai kategori berdaya saing.

“Pencapaian yang memberangsangkan ini membuktikan usaha berterusan kementerian dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

“Keputusan ini juga diharap dapat membina kapasiti yang mapan di samping menggalakkan IPT ke arah pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle melahirkan rasa syukur dan gembira berikutan KUIPs turut tersenarai dalam pengumuman berkenaan.

Penarafan berkenaan juga selaras dengan titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merupakan Canselor KUIPs.

kuips raja perlis
Canselor KUIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebelum ini bertitah, supaya mencapai tahap lima dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dalam aspek akademik, penyelidikan, penerbitan dan tadbir urus.

Baginda pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-10 Kolej Universiti Islam (KUIPs) baru-baru ini bertitah, pengurusan dan warga kerja KUIPs perlu lebih agresif bagi mencari penyelesaian bagi memenuhi syarat untuk mencapai tahap lima dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dalam aspek akademik, penyelidikan, penerbitan dan tadbir urus.

Baginda pada masa sama berharap penarafan yang diperoleh tersebut memapu memberi suntikan warga kolej untuk terus  bekerja keras bagi mencapai 2,000 penuntut dalam masa terdekat pula. – nasionalkini.my

Menu serba lengkap, harga pasti memikat

gula1

Ada masalah dapatkan barang kawalan seperti gula, sila laporkan kepada KPDN – Fuziah