in ,

KPM umum berita gembira buat guru esok

WhatsApp Image 2023 05 15 at 8.33.33 PM

oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 15 Mei – Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang disambut di Melaka esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan beberapa berita gembira pada majlis berkenaan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, khabar gembira itu bukan sahaja akan memberi nafas lega kepada golongan pendidik, sebaliknya sistem pendidikan negara secara keseluruhan.

“Tak perlu tunggu Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri (umum), Menteri Pendidikan akan umumkan, so (jadi) tunggu esok kita akan umumkan.

“Insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir penting untuk kita bagi semangat pada guru kita untuk keseluruhan ekosistem pendidikan khususnya untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald’s kepada 25 guru terpilih seluruh negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengumuman penting itu juga dijangka akan turut memberi semangat kepada guru-guru di seluruh negara untuk terus memberikan didikan terbaik.

“Jasa dan pengorbanan guru perlu diberi perhatian sekiranya negara ini membangun sebagai sebuah negara yang maju dan ianya perlu bermula dengan kekuatan seseorang guru,” katanya.

Majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ di sini esok dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambutan yang berlangsung di MITC itu diadakan selama tiga hari sejak semalam melibatkan pelbagai aktiviti termasuk pameran pendidikan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 15 at 7.16.35 PM

19 organisasi taja HAWANA 2023

WhatsApp Image 2023 05 15 at 7.06.28 PM

Eversendai raih projek baharu bernilai RM1.1 bilion, optimis kembali pulih