in

42 kakitangan KUIPs terima APC daripada Canselor

kuips 2 1
42 kakitangan KUIPS merakam kenagan bersama Canselor, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil semepan majlis Anugerah Khidmat Setia 10 tahun dan khidmat cemerlang.

KANGAR, 24 Ogos – Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) disaran terus menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian lebih cemerlang yang mampu menjadi cetusan inspirasi pihak lain.

Canselor KUIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, pengurusan budaya kerja cemerlang memerlukan kemahiran, strategi dan persediaan yang mencukupi bagi mewujudkan corak pengurusan yang baik.

“KUIPs memerlukan pengetahuan dan kemahiran, tenaga dan persiapan mentaliti untuk mencorakkan sistem pengurusan dan akademik bagi melahirkan mahasiswa yang dapat menyumbang bakti kepada bangsa dan negara,” titah baginda.

kuips 3 1
Seorang kakitangan KUIPs menerima Anugerah Khidmat Setia 10 tahun dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 dan 2022 daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berlangsung meriah di Putra Regency Hotel, Kangar

Pada majlis berkenaan baginda berkenaan menyampaikan Anugerah Khidmat Setia 10 tahun dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 dan 2022 kepada 42 kakitangan universiti berkenaan yang berlangsung meriah di Putra Regency Hotel, Kangar

Hadir sama meraikan ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah baginda, khidmat bakti yang dicurahkan tidaklah sama nilainya dengan majlis yang dianjurkan ini namun berharap kesemua yang diraikan akan terus menyemai bakti kepada KUIPs.

Malah baginda bertitah, sebagai sebuah IPT yang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Perlis ini pastinya jasa dan pengorbanan stafnya perlu diraikan.

Sementara itu, Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramlee ketika menyingkap sejarah awal penubuhannya pada tahun 2013 berkata, pelbagai langkah telah dilakukan bagi memantapkan pentadbiran yang sedia ada.

Tindakan berkenaan termasuk pemilihan kakitangan yang berkaliber dan terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman.

Kini, KUIPs yang telah menyambut ulang tahun ke 10 penubuhannya baru-baru ini akan terus berusaha untuk menaikkan nama hingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya, bagi mencapai impian itu kerjasama dan kesungguhan semua warga KUIPs amat perlu termasuklah usaha untuk menambahkan lagi kemasukkan mahasiswa ke universiti ini. – nasionalkini.my

Skuad B-23 gagal mara ke final

Penduduk mohon bantuan dana bina surau