in ,

Ada masalah dapatkan barang kawalan seperti gula, sila laporkan kepada KPDN – Fuziah

gula1
pengguna diminta tampil melaporkan kepada pejabat KPDN sekira berdepan kesukaran mendapat bekalan gula.

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Pengguna yang berdepan kesukaran mendapatkan bekalan kawalan terutama gula diminta tampil membuat laporan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, laporan turut boleh dikemukakan dengan mengimbas Kod QR Aduan Suri yang disediakan kementeriannya.

fuziah salleh fb 101122 3
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, laporan turut boleh dikemukakan dengan mengimbas Kod QR Aduan Suri yang disediakan kementeriannya.

“Sekiranya ada masalah dapatkan barang kawalan seperti gula, sila laporkan kepada KPDN,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada keluhan seorang pengguna di Facebook kumpulan Warga Kuantan OFFICIAL selepas hanya mendapati gula putih bertapis jernih atau gula premium berbanding gula pasir kasar yang lebih murah.

KPDN kini dilapor dalam proses mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu bekalan gula di negara ini.

Pemangku Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali dilapor berkata, kementerian sedang membincangkan perkara tersebut dengan beberapa kementerian berkaitan antaranya Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). – nasionalkini.my

kuips3

KUIPs tersenarai penarafan SETARA dan MyQUEST 2022

taufan

Ribuan penduduk terpaksa berpindah selepas Taufan Haikui badai Taiwan