ORANG Melayu penuh adat budaya dan sopan santun.
Sikap toleransi orang Melayu juga dikagumi bangsa lain yang bersama-sama hidup di Malaysia.
Tapi dalam berbicara dan bertutur kata, ada batas perlu dijaga.
Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, rakyat Malaysia sangat merujuk kepada perkara yang mudah berlaku di sekeliling mereka.
“Sebab itu kita ada pantun seloka dan peribahasa.
“Sebagai contoh ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.. yang jelas meminta kita menjaga kata-kata,” jelasnya.
Dia kemudiannya merujuk kepada keterlanjuran kata oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini.
“Apa dia maksud kafir dan kenapa sampai dilarang penggunaannya di rumah menteri itu.
“Bahaya juga bila terlepas kata, dirakam pula kejadiannya yang kemudian tersebar ke alam maya.
“Bila dah terlepas kata, perlu bertanggungjawab la dia, letak jawatan atau ‘cuti panjang’ untuk seketika,” jelasnya lagi.
Abdul Rasid menggambarkan ‘kesilapan’ Fadhlina ini lebih besar kesannya berbanding eksperimen bekas menteri pendidikan sebelum ini yang menukar warna kasut sekolah menjadi hitam.
“Mufti Perlis pun bersuara dalam hal ini, beberapa lagi ustaz dan ustazah juga berkongsi pandangan dan kerisauan mereka.
“Jadi, Fadhlina… buatlah keputusan sewajarnya… kerana ini bukan isu kecil dan biasa,” katanya.– nasionalkini.my