in

JaPen Kelantan sedia beri penerangan El-Nino kepada pelajar

japen 1

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan sedia ke seluruh sekolah di negeri ini bagi membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memberi penerangan berkait dengan fenomena El-Nino yang membawa kepada cuaca panas ‘melampau’.

Pengarahnya, Muhd. Nor Aswadi Md. Nor berkata, langkah itu bagi memberi penerangan dan menyebarkan maklumat berkait yang boleh membawa kepada serangan strok haba dan pelbagai komplikasi lain sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.

ezgif.com webp to jpg 17
Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Muhd Aswadi Md Nor meneliti kaedah terbaik bagi memeberi kefahaman kepada pelajar berhubung fenomena El Nino

Katanya, JaPen sedang meneliti kaedah terbaik yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dan murid sekolah mendapat maklumat tepat  berkait dengan bahang cuaca panas.

“Pada masa sama, JaPen turut menggunakan platform sosial seperti aplikasi WhatsApp yang turut melibatkan guru-guru di sekolah bagi memastikan maklumat sampai.

“Di samping itu kita menggalakan masyarakat untuk maklumat rasmi daripada sumber yang sahih memandangkan banyak berita tidak benar ditularkan oleh mereka tidak bertanggungjawab,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes kematian akibat strok haba di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Terbaharu seorang bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan disahkan meninggal dunia akibat kelesuan haba yang juga berlaku di negeri ini.

Dalam pada itu, Muhd. Nor Aswadi memberitahu, pihaknya turut menggerakkan hebahan unit bergerak melalui ‘Info On Wheels’ (IOW) di seluruh negeri bagi menyebarkan maklumat tepat.

Beliau berharap hebahan berkenaan mampu memberi kefahaman kepada murid berkait fenomena musim panas yang melanda negara, buat masa ini.

Pihaknya sudah mengerakan kesemua 10 kenderaan siar raya ke semua jajahan di Kelantan supaya masyarakat dapat mengambil langkah penjagaan sewajarnya dan seterusnya mengelak sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.

“Kita mahu memberi maklumat yang tepat selain kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan pada musim panas.

“Saya juga ingin mengingatkan masyarakat supaya peka dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari saluran yang betul untuk mengelakkan kekeliruan maklumat,” katanya. – nasionalkini.my

sudan 2

Sudan henti operasi telekomunikasi

345438477 554017743549298 1520319990527529640 n

Proton X90 dilancarkan, harga bermula RM123,800